Salasilah Hj Mohammad Noor Abdullah dari perkahwinan nya di Rembau dengan Sabariah dan di Kuala Pilah dengan Fatimah sudah agak jelas dan muktamad, kecuali satu dua butiran yang tidak selesai.
Manakala salasilah nya yang bermula dari Raja Lenggang Laut, dinasti ketiga Pagarruyung, masih dalam kajian dan tidak muktamad, dan masih boleh di pertikaikan mana mana pihak.
Salasilah ini di terakan dalam laman web Tribal Pages yang khusus di format untuk menyembahkan salasilah keluarga dengan jelas nyata, yang juga menyertakan gambar dan nota nota khas untuk tiap ahli keluarga. Untuk permulaan dan untuk tujuan keselamatan benarkan Abang Bosa mengendalikan laman ini sendiri dulu.Saudara saudari perlu menghantar gambar dan nota nota khas sahaja kepada saya.